Soalan Pelancong Jerman Ini Mampu Membuat Anda Sentap Seketika


Anak kembar mat saleh

Ketika itu saya di KL Sentral. Jam menunjukkan pukul 8.30pm.

Selepas singgah solat di surau, saya naik ke atas, menunggu dijemput oleh aunt. Selang 10 minit, datang sepasang suami isteri Mat Salleh dengan dua orang bayi kembar datang ke arah saya. Isterinya duduk di sebelah saya, suaminya pula duduk di tepi sekali bersebelahan isterinya.

Bila kedua bayi tu tengok mata saya, saya seolah dapat rasakan bayi itu sedang berkata, "who are you?" 😂

Entahlah. Tapi cara pandang, cara pergerakan badan mereka seolah takut pada saya. Saya senyum ja even dalam hati ni dah meronta-meronta,

" Ya Allah comelnyeeeeeeee bayi tu Ya Allah. Kembar pulak. Subhanallah geramnyeeeeeee.. Nak cubitnyeeeeee. Nak gigitnyeeee... Nak gusti! Erh 😂"

Tahan ja perasaan ni dalam hati.

Saya teringat zikir Ya Latif Ya Latif, Ya Latif.

Dengan tak tahu malu. Saya minta izin dengan mama bayi tu untuk sentuh anak twinnya. Sambil sentuh tangan kedua twin, sambil saya zikir Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif. Believe me, selama amal zikir ni dengan rasa 'yakin' dan serahkan pengharapan kepada Rabb, saya selalu dipermudahkan. Alhamdulillah wa syukurillah.

Twin tu terus kelihatan 'mesra'

Zikir yang baik untuk 'melembutkan' hati sesiapa. Boleh digunakan untuk menarik pelanggan dalam bisnes, melembutkan hati mak ayah kakak abang adik, sahabat2, untuk taat pada Allah, atau ketika ada pergolakan rumah tangga suami isteri dan sebagainya.

Pastu saja tegur mama bayi tu.

" Sorry may i ask something ? "

" Sure. "

Wanita itu membalas ringkas dan tersenyum. Kalau dilihat dari wajah, anggaran saya usia wanita itu dalam lingkungan 25. Wallahualam.

Then saya reply, " I just want to know, Where are you from ? "

" I am come from Germany. Waiting someone? "

" Haa.. Yes waiting my aunt. "

Borak punya borak. Sehinggalah saya TER tanya, kenapa dia dan suami datang Negara ni ?

Dia kata saja datang untuk travel. Nak tengok bagaimana keadaan Negara Malaysia. Mereka dah stay around 3 weeks katanya. Lepastu suami dia tanya saya,

" Your Prime Minister, Najib Razak right ? "

Saya angguk ja.

Lepastu dia tanya betul ke ramai rakyat di negara ni tak suka Prime Minister ? And why ?

Terkelu lidah saya.

Baru nak membebel panjang-panjang, aunt call kata dah sampai.

Sepanjang dalam kereta aunt, saya teringat cerita seorang lecturer.

Kata lect saya,

Waktu kecik dulu, bila travel dunia jelajah sana sini, orang biasa tanya saya dari mana.

'I'm a Malaysian' saya jawab dengan bangga.

Banyak kali foreigners salam tangan saya dan puji, 'Your prime minister, Mahathir is the best!'

Saya sengih-sengih je.

Sekarang ni, bila travel, foreigners masih bertanya, 'Where are you from?'

Lepas ngaku Malaysian, mereka gelak ramai-ramai pastu tanya apa masalah negara ni sebenarnya.

Malas nak jawab.

Jawapan standard saya sekarang ni,

'Sorry. Me No English.'

Haha. .😂

Tergelak automatik sorang-sorang dalam kereta.

Aunt tanya,

" Kena sampuk ke ? "

Saya pun dengan 'tawadhuknya' membaca ayatul kursi dengan kuat dan kuat sehingga sampai ke destinasi.

And after all, saya teringat pula kata-kata naqibah Usrah saya,

" Kita tidak perlu takut pada 'kezaliman' orang terutamanya pemimpin, tapi kita perlu risau andai 'TIADA' sudah ulama dan guru-guru yang mengajar anak muridnya bahawa ini perbuatan yang zalim. Ini perbuatan yang tak zalim. Ini ialah haram. Ini ialah wajib. Ini ialah dosa, ini tak dosa, ini sekian-sekian dan itu sekian sekian. Kerana bila lenyap saja insan-insan yang menegakkan hak-hak kepada agama, maka kebathilan akan bermaharajalela. "

So for young girls and boys out there !

Please, let us take ourselves seriously. We should take it seriously, and to take it seriously, we need to take learn seriously, and to take learn seriously, we need to change our mind firstly.

Ini tak.

Siap set dalam pala otak, " Nak buat lagu mana, takdir. Kita kena redho. "

This is not about Redha or tak redha.

This mindset of talking about 'Hmm takpalah nak buat guano? Dah camtu'

SHOULD be erased from the minds of our people.

Anak muda, Yang mencorakkan negara pada esok hari adalah kamu !

Again, Kamu !

Kak Hassanah 30/01/2016 10.12 pm

Keningau, Sabah.

Share on

Top