Resepi Puding Keju Karamel


Bahan-bahan:

Bahan karamel -3 sudu besar gula

Cara-Cara Buat karamel dengan menghanguskan gula dalam loyang tahan panas. Apabila gula telah cair dan bertukar kepada warna perang, gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Ketepikan dan biar karamel membeku.

Bahan Puding -10 biji telur -1 tin susu cair -4 sudu besar susu pekat manis -100gm cream cheese -80ml whipping cream -1/2 sudu besar sunquick -1 sudu teh esen vanila -1sudu teh tepung kastad

Cara-Cara Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam. Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.

Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Share on

Top