Penumpang Bas Plusliner JB - Kuantan Positif Covid-19, Kata Pejabat Kesihatan


Kredit gambar: freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Keputusan itu kemudiannya didapati positif Covid-19, tetapi lelaki terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.


Jika anda kenal atau tahu sesiapa yang naik:

- Bas Plusliner No Plate VDJ 2367
- Larkin Sentral ke Terminal Sentral Kuantan
- 16 Mac 7:45 Malam

PAKSA mereka buat pemeriksaan di hospital sekarang.

Kalau mereka enggan. Anda boleh hubungi terus Bilik Gerakan KDN 03-886 8110 / 03-886 8126 atau lapor sahaja di balai polis berdekatan.

Peluang untuk kita halang virus ini sudah semakin tipis. Jangan hilangkan terus!

Bantu saya share post ini di FB dan wasap.

Kepada yang berada di Kuantan. Paksa semua orang duduk rumah dan jangan keluar!

Tindakan anda sekarang mampu merubah masa depan.

Selamatkan family kita dari sebarang malapetaka.

Share on

Top