DI SEBALIK PURATA PENDAPATAN ISI RUMAH
Tiap-tiap tahun, orang Malaysia selalu sangat kena 'game' mengenai berita meningkatnya PURATA pendapatan isi rumah di Malaysia.
Saya pernah utarakan isu ini pada 10 September 2014 yang lalu, mengenai kempen kesedaran ini.
Matematik ni sebenarnya tak susah pun. Mari saya ceritakan dengan cara yang paling senang.
Katakan, di padang permainan ada 5 orang budak bermain guli. Masing-masing memiliki jumlah biji guli seperti berikut:
SITUASI A
Nak kira PURATA biji guli bagi setiap orang, mudah saja, iaitu (2+3+4+5+6) dibahagi 5 = EMPAT
Ok, cuba kita tengok situasi yang lagi satu.
SITUASI B
Ok, jom kita kira PURATA biji guli untuk situasi B pula, (1+1+2+7+9) dibahagi 5 = EMPAT
Nampak tak? Situasi A dan Situasi B punya nilai purata yang sama, EMPAT, kan?
Tapi, apa nilai lain yang TERSEMBUNYI di sebalik PURATA?
Jawapannya, JULAT, itu dalam bahasa statistik. Kalau dalam bahasa pasar, kita panggil JURANG. Ia bermaksud beza di antara nilai tertinggi dan terendah.
SITUASI A
Julat = 6 - 2 = EMPAT
SITUASI B
Julat = 9 - 1 = LAPAN
Nampak tak beza JULAT bagi kedua-dua situasi di atas? Antara EMPAT dan LAPAN, jauh beza, tak?
Oleh itu, apabila NILAI PURATA pendapatan isi rumah diumumkan telah meningkat, kita terlepas satu lagi info yang amat bermakna, JURANG Pendapatan, iaitu beza di antara pendapatan tertinggi dan terendah.
MENINGKATNYA JURANG KAYA DAN MISKIN
Mohon SHARE kempen ini seramai mungkin, supaya semua rakyat Malaysia sedar dan faham akan nombor sebenar.
Sekian, harap tidak membuang kredit tulisan ini kepada saya, Al Irfan Jani semasa copy paste, okey?