Lihat Kisah Lelaki Ini Selamat Dari Ditipu, Akan Buat Anda Nak Sambung Study


 

"Language Is Power"

Sekadar berkongsi ppengalaman dan ilmu yang tak seberapa. Kejadian berlaku kira2 12 tahun yg lalu pada kerika itu Abg Bad mempunyai sebuah bengkel Automotif di Jitra Kedah.

Pada suatu petang datang seorang lelaki. Gayanya seperti seorang salesman alat ganti kereta. "Hallo boss...awak tauke bukan?" dia menyapa.

"Saya pun kuli juga cuma ini bengkel saya punya" jawabku sambil berseloroh.

"Ayyaaa....lu taoke la itu macam. Ada barang baru bos...olliginel...tip top...wa gallenti lu banyak sinang buat duit punya" katanya.

"Apa barang u jual?" aku bertanya.

"Timing belt kit bos...mudal 80 jual 180....satu ratut untong wo".

Tercengang juga Abg Bad dengar penjelasan darinya sebab selalunya timingbelt kit ni datang dr supplier dengan harga sekitar 40 ke 60 ringgit. Bengkel pula jual dengan harga sekitar 80 ke 120 ringgit.

"Apa pasal u punya timing kit boleh jual itu macam tinggi harga?" aku bertanya.

Sambil mengeluarkan subuah kotak berisi timing belt kit dari dalam beg dia pun berkata "Lu tengok la bos MITSUBISHI olliginel punya maa...kedai spare part ta lak masuk punya...satu Malaysia saya distributer...haha." dia tersenyum bangga.

Nak dipendekan cerita....hari tu Abg Bad tak ambil pun stock dr dia. Salesman tu pun beredar dr bengkel dengan rasa kecewa, malu dan sedikit marah kerana cubaan beliau utk menipu hari itu gagal.

Hari ini Abg Bad terjumpa lagi timingbelt kit yg sama...kotak yang sama dijual di pasaran kedai spare part. Jadi terpanggil juga rasa ingin mendedahkan perkara yg sebenarnya.

Sekiranya anda terjumpa set timing belt seperti gambar di bawah sila jangan beli.

Kerana ianya set tiruan...tahukah anda apa yg tertulis dalam bulatan biru tu?....Ya betul "Oil Filter" tertulis di situ dalam perkataan Jepun yg menggunakan huruf Katakana....sedangkan dibawahnya tertulis "Timing belt kit set" dalam bahasa inggeris menggunakan huruf roman.

Yang lebih mencurigakan apabila "Langkah2 pemasangan" di bahagian bawah kotak juga menerangkan tentang cara2 pemasangan oil filter....bukan timing belt.

Elakan dari membeli set seperti ini dengan harga yg lebih tinggi berbanding set timing belt buatan tempatan yg jauh lebih murah harganya.

Terasa sedih tadi semasa di kedai spare part dimana ada seorang pelanggan membeli set timing belt ini dengan harga Rm195 kerana beranggapan ianya original.

"If you want some POWER....learn some languages"

 

Kredit: Abg Bad
Like page Abg Bad: Vbooster Voltage Stabilizer — Lancar! Ringan! Jimat! Boost kembali enjin anda.

Ramai juga yang suggest download Apps untuk translate ke bahasa yang anda fahami — Study mesti terus — Selagi hayat dikandung badan.

 

Share on

Top