Adik Cahaya Amanda - Sindrom Butterfly Skin Perlukan Bantuan Dari Anda


cahaya-amanda-2

Penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) ini ialah sejenis penyakit genetik dimana kulit rapuh dan mudah koyak. Koyakan juga boleh berlaku pada organ dalaman seperti usus. Koyakan boleh berlaku walau dengan sedikit sentuhan sahaja. Ya Allah, betapa beratnya penderitaan yang perlu ditanggung oleh Cahaya Amanda.

cahaya-amanda-3

Penyakit ini tidak boleh rawat atau disembuhkan. Pesakit hanya boleh diberi bantuan pain management untuk mengurangkan sakit dan penjagaan rapi untuk mengelakkan dari kulit tertanggal terlalu banyak yang boleh mengundang jangkitan. Kos pengurusan harian pesakit EB ini sangat la tinggi. Oleh itu, pesakit EB sangat2 memerlukan bantuan kewangan.

Tidak Boleh Pakaikan Baju

Gambar ini sahaja sudah cukup memberitahu kita betapa baby Cahaya Amanda sedang menderita. Marilah kita sama2 membantunya. Kalaupun tidak dapat membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi moral support. Kerana jiwa dan fikiran family pesakit EB seperti family Cahaya Amanda sangat2 rapuh serapuh kulit Cahaya Amanda.

Saya sangat sedih bila membaca luahan hati Puan Suziyana iaitu mama kepada Cahaya Amanda mengenai kata2 yang tidak menyenangkan dari masyarakat sekeliling yang tidak faham mengenai situasi Cahaya Amanda.

Mohon Bantuan Kewangan

Saya menyeru anda semua untuk membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh keluarga baby Cahaya Amanda. Dan marilah juga doakan semoga Allah memberi keajaiban kepada Cahaya Amanda untuk sembuh.

akaun-bank-cahaya-amanda

Kepada anda yang ingin memberi bantuan kewangan, anda boleh salurkan bantuan anda ke akaun Cimb Puan Suziyana seperti dalam gambar ini. Semoga Allah murahkan rezeki anda.

Mohon viralkan.

Share on

Top