5 fakta anda perlu tahu mengenai pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi | Seorang remaja Malaysia melakar sejarah buat Malaysia, hari ini selepas memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina.
Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda Asia Team muncul pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumbaan itu. Penunggang yang berusia 17 tahun itu menguasai perlumbaan di atas trek basah dengan kelebihan 26 saat, mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Arika Selatan, Brad Binder.
Perkara ini nyata satu kejayaan yang besar buat Malaysia! Tetapi, sejauh manakah anda mengenali pemuda ini? Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai Khairul.
Kejayaan Khairul sudah pasti menarik perhatian rakyat Malaysia.
Ramai yang merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba muda itu di media sosial. Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada Khairul kerana mengharumkan nama negara di pentas dunia. Lagu Negaraku yang dimainkan selepas kemenangan itu di Argentina turut membangkitkan kebanggaan rakyat Malaysia. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut meraikan kejayaan penunggang berbakat besar itu di Twitter. -Awani
Motogp milik malaysiaNegaraku...berkumandang di bumi Argentina.Bangga beb.Posted by Sindiket Bonus Rakyat on Monday, 4 April 2016