Resepi Kuih Serimuka Pandan


Resepi Kuih Seri Muka

Bahan-bahan :

  • Loyang 10x10x2"

Bahan Lapisan Bawah:

  • 500 gm beras pulut
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250 ml air (asal 300 ml)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:

  1. Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat.
  6. Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas: Bahan A

  • 250 gm gula kastor / 200 gm gula pasir
  • 80 gm tepung kastad
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B

  • 3 biji telur | dipukul rata
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/4 sudu kecil esen pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
  3. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
  4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Share on

Top