Kisah Si Tukang Sapu Sampah DBKL


Kisah si tukang sapu sampah

Tazkirah: Kisah si Tukang sapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek.

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. -malam yang lepas kami bertemu. -dia datang ke rumah saya. -dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat. -rumah Flat di Sentul tuan-tuan...SubhnaALLAH.. -apa kisah hidup dia ni?

-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal. -Kawan-kawan dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal. -Tuan-tuan apa yg berlaku? -Kawan dia ni sentiasa hina dia. -Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam-macam.

-Tapi tuan-tuan pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lg Arkitek. -Anak yg kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu. -Dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu. -Jumlah RM 6 ribu sebulan.

-Tuan-tuan tau tak orang yang sapu sampah kadang-kadang hati dia lebih Mulia daripada kita semua. -Lebih mulia dari saya. -Dia hanya sapu sampah...ALLAHuakhabar... -Tapi hati dia Mulia. -Tuan-tuan dengan RM 6 ribu, tuan-tuan tau tak apa yg dia buat? -Agak² lah apa yg dia buat? -Dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak-budak baru ni yang ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan. -Tolong bayar duit deposit rumah. -Cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisyen ataupun rasuah.

-Tuan-tuan satu hari nanti saya cerita, tuan-tuan tak berapa nak percaya. -Satu hari nanti kalau tuan-tuan jumpa dia, saya bawa sembang dengan dia. -Orang yang bercakap ni dia akan bercakap di hati. "Ustaz, harta bukan milik kita ustaz." -Anak dia baru belikan dia BMW yang latest punya, 320i. ALLAHuakhbar. -Tapi dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz." "Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar." -Apa maknanya? Maknanya itu BERKAT. -Anak dia tak pernah sakit tuan-tuan. -Kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat. -Zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar! -Bab kata orang cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

 

Kredit: Mohd Khalid Ismail

Share on

Top