Ini Kisah Anep


ezgif-4056675566

Perkongsian dari Mohd Shariffuddin ini telah mendapat 4,324+ likes dan  1,276 shares.

PERKONGSIAN

Ini staff saya, nama nya Anep. Ini kisah Anep.

Anep dah 3 tahun bekerja dengan saya, gayanya bukan macam orang senang. Anep ni masa interview dulu dia macam memaksa-maksa saya ambil dia kerja, dropout dari Uitm dalam bidang grafik, tapi ada ilmu dalam bidang tu untuk bekalan kerja, desakan dia buat saya ambil dia kerja. Hari hari datang office tanya :

macam mana dapat tak saya kerja tu?

....

Saya belum pernah jumpa orang muda macam anep.

Masa mula mula dia masuk kerja, dalam 1 bulan yang pertama lagu yang di mainkan kebanyakan lagu "skrillex" saya pun keliru, mungkin dia juga keliru waktu itu. Sebab gaya dan penampilanya tak begitu.

Lepas sebulan tu, saya nampak dia solat, dia tak pernah miss, lagu yang di mainkan di komputernya sudah mulai lain. Ceramah ustaz ustaz sudah menjadi sajiannya. Setiap waktu setiap minit. Sampai saya pun dah mula suka mendengar, dan menjadi trend kejap di pejabat semua pakat guna earphone masing masing dengar ceramah. Waktu tu pulak ustaz azhar idrus sedang popular, memang saya fasih kejap lorat ganu.

...

Budak ni memang lain macam, sebab..

Ada sekali tu kami di luar kawasan, partner saya Azizul Ridzuan terima pangilan anep.

Anep : zul, nak makan gula gula atas meja ni boleh?

Zul : eh... Makan lah! Memang untuk semua makan.

Saya terkejut dengan perbualan ni, sebab anep di bawah jagaan zul. Saya kurang beri berurusan dengannya jadi saya kurang faham karekternya.

Bayangkan nak makan sebiji gula siap call dulu tanya boleh ke tak?

....

Anep pergi kerja naik basikal, jaraknya dalam 5km, dulu pernah sy nak beri dia skuter, dia taknak.

Katanya tak da lesen, saya nak belanja dia lesen, dia tak nak, tup tup baru baru ni dia dah ada lesen.. Saya nak bagi dia motor dia tak nak.. Erm sayup hati saya, baiknya budak ni.

Nak minum air di office, dia call jugak tanya.. Nak minum air boleh? Sebak saya dengar soalan ni.. Pendek kata semua benda dia mintak izin.

...

Saya tak pernah dengar dia mengeluh pasal kerja, Apa yang kita suruh dia buat kita jangan risau, mesti settel dengan cemerlang.

Kalau cerita pasal waktu kerja memang tiptop lah, sampai saya rasa memang tak kesah lah kalau dia nak masuk pukul berapa pun, sebab dia tak pernah lansung buathal. Kalau bab cuti memang jearang sangat dia cuti.

Ada sekali waktu petang dia tak ada di pejabat, saya keluar naik motor, saya ternampak dia, kebetulan lalu pula kereta zul dia nampak dia menyorok. Saya follow dia tanpa dia tau. Alih alih dia ke surau! Jarak lebih kurang 500 meter, basikal dia yang ada dia tak guna! Saya yang leka terus rasa insaf waktu tu.

Budak ini sanggup jalan kaki, dan sanggup sorok kebaikan dia sebab nak pahala lebih, kita?

Semalam di pejabat dia angkat platik tisu tunjuk pada saya, dia nak guna, saya cakap x boleh!

Dia letak balik! Saya pun sapa dia.. Gurau jela.. Guna la nep.. Dia senyum..

Banyak lagi kebaikan dan kesantunan budak ini yang saya tak larat nak taip. ...

Waktu bisnes saya dalam keadaan parah, saya pernah terlintas nak buang dia, tak boleh rasanya nak bayar gaji. Tapi Allah tolong saya. Sampai keharini masih dia ada.

Kadang kadang rezeki seorang bos itu bukan dari perbuatan bos tu sendiri, mungkin dari rezeki pekerjanya. Pernah orang pesan kat saya :

"setiap pekerja tu ada rezeki dia untuk kita"

Saya setuju dengan ini,

Kesimpulanya, jangan kita ambil hak orang tanpa pengetahuan orang, setiap sebutir gula pun walau hak orang ia tetap hak orang.

Dan jika mampu mengaji pekerja jangan di khuatir, insyallah setiap dari mereka ada rezeki rezekinya.

Juga berbuat baiklah dengan pekerja pekerja kita jangan nak mengamuk 24jam. Kalau tak betul tegur, kalau tak betul jugak marah! Hahaha!

Saya sangat berharap orang seperti Anep ini berjaya 1 hari nanti, saya bercadang nak jadikan dia rakan kongsi saya. Semoga semuanya di permudahkan.

Semoga dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing ni, membakar semangat rakyat Malaysia untuk lebih berdaya saing dalam menjalankan tugas masing masing.

Selamat bekerja semua! Kerja itu ibadah laksankan dengan penuh tanggungjawab!

Jika perkongsian ini bermanfaat, kongsikan supaya ianya dapat menjadi tauladan buat semua.

DEEN, Usahawan undergound.

#syukurallhamdulillah

Share on

Top